Monday, 3 October 2011

Bismillahirahmannirahim...
Ya Allahh,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya bertaut pada mu,
Agar aku tidak terjatuh
Ke dalam jurang cinta nafsu.


Ya Rahman,
Jika aku jatuh cinta,
Cintailah aku pada seseorang,
Yang melabuhkan cintanya kepada mu.
Agar bertambah kekuatanku
Untuk menyintai mu,,,


Ya Rahim.
Jika aku merindui seseorang.
Rindukanlahh aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan Mu.


Ya Aziz,
Jika aku menikmati cinta hamba mu
Janganlah kenikmatan itu
Melebihi kenikmatan
Betapa indahnya beribadat kepada Mu.


Ya Rabbana,
Jika aku bersedih
kerana seseorang menjauhiku,
Kuatkanlahh hati dan keimananku,
Agar aku tidak jauh dari kasih sayang mu......

No comments:

Post a Comment